Posts

Showing posts from 2013

Journey with parent to Kota Bharu :) Ogos 2013

Image
 Assalamualaikum, Saya nak share pengalaman kami bawa parent jalan ke kota bahru..Kami org johor mmg takde saudara di kelantan. Jadi abah kata teringin jugak nak ke kelantan. Hubby pun rasa seronok nak pergi tapi mmg tak nak drive.. penat pulak kalau fikir nak drive.. jadi kami rancang untuk pergi ke sana naik kapal terbang.. naik dari KLIA ke Kota bahru. Sewa kereta Honda City harga rm150 sehari.. Syaratnya kena pulangkan kereta pun dengan minyak yang full :) Masa ni anak ke2 kami baru 8 bulan. tapi muka dia tak mcam lapan bulan sb Zara ni chubby sikit banding dengan kakak dia.. walaupun kedua-dua saya fullbreastfeed.. :) Jalan di kelantan ni kami plan untuk ambil connecting room supaya senang nak bergerak sama ngan parent. Just ketuk pintu sebelah je..Khayra la tukang jerit kat situ... :) Breakfast day 1.. khayra happy sb duk hotel..mcm biasa excited terlebih :) Melawat restoran kawan di area Wakaf Che Yah..Kedai mmg bersih3.. :) Kami pilih makanan pa

Front Loader Samsung 13Kg

Image
Assalamualaikum, hari ni saya nak share dengan kawan-kawan yang nak survey mesin basuh.. Pada pandangan saya.. jika nak pilih uploader dengan front loader better ambil front loader (berdasarkan pengalaman sendiri)..  Cucian memang bersih puashati.. takde sabun terlekat-lekat especially bila guna sabun serbuk. Kali ni saya dan hubby pilih untuk beli mesin Washer/Dryer.. 2 dalam 1  Nampak Washer ni mmg besar sikit muat 13kg. Alhamdulillah rezeki kami lagi.. bole digunakan dengan senang hati sb boleh masuk banyak kain and still ia bersih.. kalau musim-musim tengkujuh ni boleh la saya guna dryer sekali.. Bila keluarkan mmg panas... cuma anginkan dalam sejam dah boleh kering.. Syukur..Barakallah... Samsung 13kg washer/dryer machine alhamdulillah :)

Hari-hari Playdoh :)

Image
Assalamualaikum, Dah lama menyepi.. sibuk dengan kerja dan rumahtangga..hehehe:) Mcm biasa kali ni nak share pasal anak-anak yang suka sgt main playdoh... dah hari2 g Alamanda (Toy's R Us)... terfikir cam ne plak.. satu tub rm4.50.. biasa klo beli mmg bukan 1 tub.. sekurang-kurangnya 4 tub...kih3... hmm... tibe-tibe husband dapat idea untuk buat playdoh sendiri... letak semua ramuan n masak... dah mmg menjadi... kalau beli mesin dia tu ok la... mmg da mengumpul je kat umah mesin-mesin tu... rasanya dah 5 set terkumpul...takpe la asal jgn dia hadap ipad je jadik la.. biar dia ada aktiviti minda.. :) bahan-bahan husband  letak tepung, air, garam, cream of tar tar...(yang lengan dalam gambo tu lengan husband ye... ) bukan lengan saya :) - untuk makluman husband mmg suka layan si cilik khayra.. ada je idea2 dia... ummi dgn adik tgk jela n join bila da nak warnakan je.. :) Abah menggaul Yaya menggaul tapi takut panas..kemain jauh sudip tu Sengih sb pua

catchup : Zara dah 7 bulan dan dah duduk...

Image
Gaya Zara mula dapat duduk 7months..mmg cepat la anak ke2 ni (alhamdulillah) Alhamdulillah walaupun anak kedua perempuan mcm kakak dia.. namun mmg lain 100% dari kakak.. Kakak manja n relaks je kalau dari segi perkembangan fizikal (mengikut husband).. and soft talk... Zara mmg tak sangka badan dah la mmg bambam walaupun berat lahir biasa je...3.43kg(38weeks). beza sikit je dgn kakak 3.21kg(37weeks) tapi baru sebulan dah naik 1.5kg, bulan ke2 naik lagi 1 kg...Zara 3 bulan dah 6kg...alhamdulillah... mungkin ikut ummi dia la camtu.. Tup2 dah pandai duduk..dulu tertunggu2 untuk kakaknya duduk...tapi ni dia yang duk sengeh2 tunjuk skill dia... Zara mmg suka senyum je...dah stail dia gitu...

catch Up mother's Day...

Image
Tq khayra buatkan untuk ummi... Amat hargainya.. :) Dah masuk i-play ni nampak sgt beza anak ummi ni...dah pandai main sendiri dengan idea-idea menyerlahkan kreativitinya.. Dah pandai ngecat dinding umah... Seronok..rupanya kat school pun teacher encourage dia untuk bermain...kena dengan namanya Play School :)

birthday uncle atul :) 1 mei 2013

Image
Khayra n sofea yang sibuk main atas meja :) table makanan yang dihidang.. ucu mmg pandai setting :) Zara dah nak 3 bulan dah... domok kan.. :) Kes istimewa dari ucu untuk husband nya... theme bola sepak :)

Kebersihan rumah diutamakan

Image
Salam, Bila ada anak-anak kecil dirumah, kebersihan rumah kena tip top. Sb risau jika ada habuk2 kesian kat baby yang baru meniarap,mengundur dan merangkak.. Sama penting untuk perhatikan kebersihan luar rumah sampai ke hujung dapur. Hari ini kena task force untuk pastikan semua up to date. Stor semua dah rapi. heheh.. Namun disebabkan kami hanya ber4 dirumah..maka banyak kawasan yang tak explore..lebih kerap menggunakan ruang atas terutama living hall dan bilik master. Ruang tamu adalah kawasan yang sangt luas. Apa yang nak dikongsikan adalah jgn lupa mop menggunakan pencuci lantai dettol atau mane2 pencuci lantai yang menjamin 99.9% kuman tak dapat membiak...Bagi wanita2 yang ada maid, mmg dah tak fikir tentang mop lantai,basuh baju, sidai baju n membersihkan bilik air. Terpulang kepada husband masing2 samada selesa atau tidak jika ada 'org asing' dalam rumah kepunyaan mereka. Ada husband yang tidak kisah, namun ada yang kisah. Antara isu besar bagi husband adala

power pump untuk recover susu

Assalamualaikum, Alhamdulillah Zara dah 5 bulan. masih full breastfeed. Rezeki anak-anak... Dan kini anak ummi ni ada adik beradik susuan. Nama dia safiyya.. Umur safiyya semasa mula menyusu dengan susu ummi dalam 11 bulan. Rezeki zara murah, banyak susu walaupun ummi tak tekun memerah susu... selalu hanya pump apabila susu dah penuh sgt. Tapi ikhtibar untuk ummi hari ini, bila ummi pump susu..susu drop.. ummi risau..sb ummi nak susukan zara n susuan sampai umur 2 tahun..Dan hari ini juga ummi dapat tau pasal power pump. Kena pump dalam masa sejam. dan pump dalam selang 10 min. 10 min pum, 10 min rehat.. buat sejam sehari untuk recover susu yang drop. Ummi terus cuba.. ummi dapat 12oz arini.. Alhamdulillah.. Ummi risau sb pagi tadi kul10.30 ummi pump dapat 1 oz je... Jam1.30 ummi dapat 8oz, Jam 3.30 ummi dapat 4oz. Syukur sgt..sb ummi tak pernah pump dapat 1 oz cam tu... huhuhu

Selesai mjlis aqiqah zara

Image
Alhamdulillah syukur selesai buat aqiqah zara pd 3 mac 2013.zara bru masuk 2bln dan berat 6kg..seronok tgk zara membesar smpaikn doktor yg checkup kata zara da over chart yg septtnya utk bby girl... zara dilahirkan xkna jaundis sme seperti kakaknya khayra... kedua2 ar raeesa ni amanah dr Allah utk ummi...huhu terharu... InshaAllah ummi wat yg terbaik...khayra selesai nyusu lebih 2 tahun..dan inshaAllah zara pun di murahkan rezeki oleh Allah Sekitar mjlis aqiqah zara ramai tetamu hadir sekitar 120 hinga 130 pax..makanan pun cukup goodies pun ada..tq kpd semua yg hadir..semoga Allah balas jasa semua. Kali ni full katering handle dgn penjaga nya sekali..

Aktiviti berpantang

Alhamdulillah selesai berpantang pada 17 feb 2013 bersamaan 45hari selepas melahirkan anakku Zara Ar Raeesa... Hari2 sehingga hari ke 44 ikan yg dibelikan oleh suami ku ialah ikan haruan untuk mempercepatkan 'heal' rahim. Tidak kira bersalin normal atau czer rahim perlu dijaga dgn baik. Selain dari amalan berpantang..menjarakkan kehamilan juga adalah cara terbaik untuk menjaga keharmonian rumahtangga. Kebanyakkan doktor menasihati untuk menjarakkan kehamilan dalam tempoh 2 tahin. Maknanya selepas 2 tahun bersalin barulah kita merancang untuk hamil kembali. Bercerita mengenai berpantang secara czer..kita dinasihati agar mengambil makanan berkhasiat bukan dgn mendengar mitos2 org ramai.mintalah nasihat pakar seperti Dr.Hamid Arsat.

New ar raeesa has been born

Salam Lama menyepi...adik khayra lahir pada 38w 3days... Nama dah muncul...;) zara ar raeesa lahir pada 3/1/13 Alhamdulillah