Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Assalamualaikum

Just nak share pengalaman bersalin pada kali ini. Sepanjang pregnancy normal shj mcm anak-anak yang lain, tiada high blood, tiada langsung permasalahan lain except kedudukan uri dibawah

Mcm biasa doktor akan suggest bed rest di hospital, tapi saya enggan sbb sy bekerja, mc banyak sudah tentu akan menyusahkan rakan sekerja nak cover kije saya. MC banyak juga indicate kita tak g kije tp still dpt gaji dan anak 3 yang masih kecil perlukan saya. Lain org, tentu lain pendapat. Untuk saya, saya perlu fikir yang terbaik untuk kerja serta keluarga walaupun ada sedikit risiko. Saya cuba meminima kan risiko untuk sentiasa berada dalam kawasan sekitar yang berhampiran klinik dan hospital, memaklumkan pada doktor berhampiran keadaan saya selalu, serta sekiranya perlu ambil ambulance perlu lah saya ready semua tu supaya sekiranya worse case terjadi, saya sentiasa bersedia.

Sampai 36weeks saya ambil cuti bersalin awal dan ditanggung oleh pegawai ditempat kerja saya. Setelah berbincang dengan doktor pakar (Dr. Hamid Arsat) mmg kebetulan pada November 2019 beliau telah mula melaksanakan operasi pembedahan di TDMC pembedahan akan dilaksanakan pada pagi 37 Weeks, memandangkan saya lbh senang ia dilaksanakan pada awal pagi. Pembedahan saya adalah yang pertama pada jam 8.30 pagi. Masa ni barulah tau rupanya TDMC ni terbaik la servis nya sbb ada kemudahan ICU dimana kalau bersalin operate uri bawah ni better bersedia dengan facility dan blood(wpn x guna akhirnya)... Yela sblm ni sy bersalin di Pantai KL mmg terbaik juga, cuma ada jauh sikit la sbb ia berada di tengah bangsar, sdgkan sy dari area cyber ikut MEX lbh dekat ke Taman Desa Medical Center (TDMC).

Pembedahan ambil masa dalam 30min shj. Mengiku kata senior staff nurse, Dr hamid laksanakan pembedahan ini dengan mudah wpn masa operate nampak uri plasenta previa & accreta juga( Kuasa Allah). Dalam pembedahan itu, doktor melaksanakan buang cyst dr tiub fallopia. Tindakan pantas serta teknik yang dilakukan oleh Doktor Hamid Arsat (kuasa Allah juga), menjadikan pembedahan yang dirasakan sukar oleh sesetengah doktor mudah sahaja dilakukan oleh beliau (berdasarkan keterangan doktor pada next day after bersalin tu). Alhamdulillah segala pujian bagi Allah. Tiada blood loss dan sedar pada jam 9.20 pagi gitu. Suntikan pelali ambil pada 8.20 pagi...

Alhamdulillah, begitulah serba ringkas mengenai kelahiran anak ke4 yang pada saya begitu menyeronokkan sbb pada masa ini jelas ramai yang menyayangi saya dan saya begitu terharu.




Comments

  1. Boleh sy tahu.. keadaan puan slps bersalin.. sy pun mgalami masalah yg sama. Skrg 31w.. medical history sy pernah czer 3 kali.. ni kelahiran kali ke 4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah 😘 sihat walafiat.. kemudian sy pregnant sekali lagi juga uri bawah type 4.. dan menjadikan czer ke4 untuk saya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Placenta Previa at 30 weeks

Club Med Cherating DIS 2019