Placenta Previa at 30 weeks

Assalamualaikum,
Kebiasaan pregnant tiada masalah uri. Kali ni Allah uji dengan ujian uri dibawah jenis 4 iaitu uri menutupi sepenuhnya laluan OS. Saya didiagnose pada 30minggu oleh klinik panel kemudian di rujuk ke hospital kerajaan. Doktor pakar kerajaan menasihatkan agar saya membanyakkan rehat serta ditahan diwad untuk tujuan itu.

Kebiasaan,sekiranya permasalahan ini berlarutan, ibu kena bersedia untuk menjalani pembedahan secara ceaser. Pembedahan ini biasa dilaksanakan pada minggu ke 36-38 minggu bergantung kepada keadaan dan rundingan dengan doktor pakar.

Namun pun begitu terdapat banyak kes yang saya tahu melalui pengalaman rakan-rakan dan pembacaan pengalaman ibu-ibu yang pernah mengalami masalah uri tidak naik ini (samada type 2,3, atau 4). Ada diantaranya yang uri mereka naik pada minggu 35-36. 

Selain itu, peluang untuk menghadapi masalah pendarahan (bleeding) adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mengalami masalah uri tidak naik ini.

Pengalaman peribadi saya - Alhamdulillah pada kali ini,saya tidak mengalami sebarang masalah pendarahan malah aktivti harian saya dapat dilaksanakan seperti biasa. Bersyukur juga kerana pekerjaan saya adalah berada di depan PC untuk aktivti-aktiviti berkaitan sistem, jadi saya kurang melaksanakan aktiviti berat secara hakikinya selepas mendapat nasihat doktor pada minggu ke30

Semasa pemeriksaan minggu ke 20 dan 24 saya telah dimaklumkan yang uri saya berada dibawah, dikhuatiri tidak naik. Memandangkan ini pengalaman pertama saya mengalami masalah ini, jadi saya kurang mengambil perhatian yang sebenarnya ibu yang mengalami low lying placenta ini tidak boleh melaksanakan kerja yang agak agresif. Saya ada menyertai larian dipejabat, saya suka memandu jika balik kampung(long distance) dan aktiviti-aktiviti dirumah saya sememangnya buat tanpa ada sebarang halangan/rasa bimbang.

Buat masa sekarang saya mengamalkan doa,sujud lama dan exercise L selain solat tahajjud& solat hajat. Saya takkan putus asa semoga Allah makbulkan doa-doa saya. InshaAllah apa yang terjadi adalah peluang saya untuk memahami satu-satu komplikasi kehamilan dan mencari jalan penyelesaian serta ikhtiar, dan akhirnya melepaskan semua itu kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Love my Family dari Ummi =)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Club Med Cherating DIS 2019