Khabar 34W - PP type 4

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selepas suntikan dexa (untuk matang paru-paru bayi) diambil seolah-olah pergerakan bayi ada slow sikit berbanding sebelum ini.

Jarang tegang tapi still move la baby dalam peyot nih... heheh

Mungkin ini pun kurniaan Allah juga jadi saya dapat lalui minggu-minggu dipejabat dengan mudah.
Ataupun juga orang tua-tua ada kata yang lps 8bln kan baby jadi lembut sedikit banding masa dia 7bulan. Apapun Alhamdulillah

Selepas suntikan dexa tu saya baring lbh kurang dalam 10minit bagi release sikit rasa ubat tu. Dalam masa 30minit akan lega rasa ubat tu. Saya ada rasa dari siku ke tangan sesemut sikit lps suntikan pertama pagi itu.

Ambil jam 10pagi.. malam pula ambil dalam 10malam. Saya ambil di Megaklinik Azzahran. Doktor yang prescript suntikan untuk malam tu Doktor Shah Reza.(untuk mudahkan ambil suntikan pada malam tu). Saya tak warded pun.. so mmg g ambil jela mcm biasa pergi, tunggu suntikan sampai(ambil dari Azzahrah rasanya ubat tu). Ubat suntikan sampai, lepas tu terus suntik. :)

Warded atau tak bagi kes PP kena refer dulu dengan doktor pakar. Untuk kes saya doktor pakar compromise, TQ to doktor sb saya mmg takkan nak dimasukkan dalam wad kecuali nanti la masa nak operate(jika uri tak naik juga). Prolong warded tak membantu untuk kes saya. Saya rela option myself untuk jaga secara sendiri. Kat rumah anak-anak pun banyak bantu saya dan saya dapat cukup rehat emosi dan jasmani. =)

Penjagaan emosi juga penting semasa tempoh ini selain penjagaan jasmani yang sudah tentu kita boleh cuba urus dengan baik dengan izin Allah. Sesungguhnya apabila kita di uji dengan sesuatu perkara itu, itulah masa yang terbaik untuk kita meletakkan semua pergantungan pada Allah, bukan pada doktor, bukan pada kawan-kawan dan bukan pada makhluk yang lain.

Semoga pergantungan kita pada Allah itu membuahkan hasil yang manis untuk kita jadikan sempadan dalam hidup ini. Sesungguhnya apa yang ada dalam rahim ibu sememangnya rahsia Allah. Kita sebagai manusia hanya ikhtiar dan serahkan kepada Maha Berkuasa untuk menentukannya.

Jangan lah terlalu memikirkan keburukan, cukup sekadar kita dalami apa kah risiko-risiko sahaja dan apa yang perlu dilakukan sekiranya ia berlaku. itu sahaja.

Saya berharap dan berdoa agar uri bayi saya akan naik juga pada masa yang tepat untuk saya boleh melahirkan secara normal dan semulajadi tanpa masalah dan tanpa sebarang komplikasi,serta saya dan bayi selamat dengan kesihatan yang optimum. InshaAllah =)


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Placenta Previa at 30 weeks

Club Med Cherating DIS 2019