Checkup dengan DR. Hamid Arshat

Salam,

Genap 6 bulan anak dalam kandungan dan merupakan kali ke3 saya checkup dengan Dr.Hamid Arshat untuk anak ke 2 ni, masa bulan ke5 kg saya 61.9kg (tak naik2 dari bulan pertama)... Namun... dari bulan 5 ke bulan ke 6...kenaikan secara mendadak... pukul abis semua bulan.. saya naik 5kg :) mujur staff Dr. Hamid tak kisah je.. dia kata mungkin sblm ni tak pernah naik dan sblm ni dengan Ramadhan nya... Ni dah raya naik 5kg..

Namun mereka semua amat positif, tiada marah atau teguran, cuma diri sendiri tau le... kalau dah naik 5kg... takkan tiap2 bulan naik 5kg... sendiri pun tak larat nak bawa badan nnti. :)

Setelah memikirkan alternatif...saya amik keputusan untuk makan roti untuk sebelah malam.. dah tak cam dulu main layang je secret recipe la.. mcd la.. radix la...semua tu mmg berlemak2 tu...hehehe..

2kali checkup Dr. Hamid kata (masa 5 bulan(20w) - mungkin girl, masa 6 bulan(24w) - confirm girl)... tak kisah girl ke boy sb ada kawan yang bgtau elok anak pertama n kedua sama jantina senang masa nak asingkan tido, atleast kakak akan tido dengan adik (biasa dorang ni bg alasan takut sb tu tak nak tido asing dengan parent)..

Apapun Allah tahu apa yang terbaik dan sesuai dengan kita... dapat 2 girl... boleh bantu ummi kat dapur...n mengemas...tapi doktor di ibnu sina kata dia scan nampak boboi pulak... (semasa 22w)...Dr di Ibnu Sina tu Panel Klinik tempat saya bekerja. Jadi mmg tak perlu bayar ape2 sekiranya checkup kat situ.. Namun checkup saya dimana2 pakar ditanggung halal oleh suami tercinta :)

Yang paling penting dan perlu diperbanyakkan adalah bacaan Al Quran dan banyakkan solat malam. Biasanya bila mengandung ni mmg kita akan rasa dekat dengan Nya sb pada saya mcm 1 nikmat bila Allah bagi kita zuriat, terutama bila kita mmg rancang untuk memperolehinya. Rahsia Allah apa yang ada dalam rahim ibu ni sebenarnya.. apa-apa pun kita scan baby setiap bulan tu untuk ketahui perkembangan baby adalah dalam keadaan baik dan sepatutnya.. 

Setakat ini baby ke-2 ni sihat dan checkup ummi nya pun ok xde masalah.. HB ok,kencing manis tiada, tekanan darah pun cantik...Alhamdulillah... Semoga baby dalam kandungan ni menjadi anak yang soleh/solehah... Kakak khayra semakin hari semakin bijak...senang nak uruskan keadaan rumah sb dia dah besar dan komunikasi baik... Syukur dengan semua anugerah Allah ini.. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Placenta Previa at 30 weeks

Club Med Cherating DIS 2019