Almost semua tempat pergi... tapi mmg tak plan untuk beli bagai2 barang... ni je la yang Intan rasa seronok nak beli... sb masa ni masih memual... baby baru nak besar dlm perut... :)
Assalamualaikum, Alhamdulillah selepas suntikan dexa (untuk matang paru-paru bayi) diambil seolah-olah pergerakan bayi ada slow sikit berbanding sebelum ini. Jarang tegang tapi still move la baby dalam peyot nih... heheh Mungkin ini pun kurniaan Allah juga jadi saya dapat lalui minggu-minggu dipejabat dengan mudah. Ataupun juga orang tua-tua ada kata yang lps 8bln kan baby jadi lembut sedikit banding masa dia 7bulan. Apapun Alhamdulillah Selepas suntikan dexa tu saya baring lbh kurang dalam 10minit bagi release sikit rasa ubat tu. Dalam masa 30minit akan lega rasa ubat tu. Saya ada rasa dari siku ke tangan sesemut sikit lps suntikan pertama pagi itu. Ambil jam 10pagi.. malam pula ambil dalam 10malam. Saya ambil di Megaklinik Azzahran. Doktor yang prescript suntikan untuk malam tu Doktor Shah Reza.(untuk mudahkan ambil suntikan pada malam tu). Saya tak warded pun.. so mmg g ambil jela mcm biasa pergi, tunggu suntikan sampai(ambil dari Azzahrah rasanya ubat tu). Ubat suntikan ...
Assalamualaikum Just nak share pengalaman bersalin pada kali ini. Sepanjang pregnancy normal shj mcm anak-anak yang lain, tiada high blood, tiada langsung permasalahan lain except kedudukan uri dibawah Mcm biasa doktor akan suggest bed rest di hospital, tapi saya enggan sbb sy bekerja, mc banyak sudah tentu akan menyusahkan rakan sekerja nak cover kije saya. MC banyak juga indicate kita tak g kije tp still dpt gaji dan anak 3 yang masih kecil perlukan saya. Lain org, tentu lain pendapat. Untuk saya, saya perlu fikir yang terbaik untuk kerja serta keluarga walaupun ada sedikit risiko. Saya cuba meminima kan risiko untuk sentiasa berada dalam kawasan sekitar yang berhampiran klinik dan hospital, memaklumkan pada doktor berhampiran keadaan saya selalu, serta sekiranya perlu ambil ambulance perlu lah saya ready semua tu supaya sekiranya worse case terjadi, saya sentiasa bersedia. Sampai 36weeks saya ambil cuti bersalin awal dan ditanggung oleh pegawai ditempat kerja saya. Setelah ber...
Assalamualaikum, Kebiasaan pregnant tiada masalah uri. Kali ni Allah uji dengan ujian uri dibawah jenis 4 iaitu uri menutupi sepenuhnya laluan OS. Saya didiagnose pada 30minggu oleh klinik panel kemudian di rujuk ke hospital kerajaan. Doktor pakar kerajaan menasihatkan agar saya membanyakkan rehat serta ditahan diwad untuk tujuan itu. Kebiasaan,sekiranya permasalahan ini berlarutan, ibu kena bersedia untuk menjalani pembedahan secara ceaser. Pembedahan ini biasa dilaksanakan pada minggu ke 36-38 minggu bergantung kepada keadaan dan rundingan dengan doktor pakar. Namun pun begitu terdapat banyak kes yang saya tahu melalui pengalaman rakan-rakan dan pembacaan pengalaman ibu-ibu yang pernah mengalami masalah uri tidak naik ini (samada type 2,3, atau 4). Ada diantaranya yang uri mereka naik pada minggu 35-36. Selain itu, peluang untuk menghadapi masalah pendarahan (bleeding) adalah tinggi bagi ibu-ibu yang mengalami masalah uri tidak naik ini. Pengalaman peribadi say...
Comments
Post a Comment