Umrah Mac 2018

Alhamdulillah,

Allah panggil lagi untuk tunaikan umrah di mekah. Kali ni berbeza masa pergi zaman bujang.

Kali ini saya pergi free atas tajaan Bank Islam. Alhamdulillah gembira.Namun pelbagai urusan perlu
dibereskan sebelum ke sana.

Dapat info dr bank Islam pasal menang tu dr sorang staff yang berhati mulia. Rasa bersyukur sgt, sb dalam keadaan banyak tekanan, mmg rasa jauh disudut hati nak pergi sana. Pagi tu rasa sgt2 nak pegi, dalam petang tu dpt berita, mcm tak percaya rasanya.


Tapi dalam 50/50 tu, terus kira cuti yang ada. Kira kalau nak bw sekeluarga semua tu. Sb terfikir yang anak-anak masih tanggungjawab kami juga.


Bincang punya bincang, Alhamdulillah suami kata nak juga pergi bersama keluarga. Jadi urusan semua perlu fokus. Selesai fikir pasal family,terfikir nak bw mertua sb dulu masa khayra kecik-kecik pernah dgr mertua kata, nnti kalau Yaya g Mekah nenek nak ikut. Jadi ini lah peluang boleh bawa mertua beribadat dan bercuti sekali, kiranya ni masuk tahun ke 10 menjadi menantu.


Alhamdulillah segalanya Allah yang dah aturkan. Kami ikhtiar apa yang patut. Perjalanan berjalan lancar. Anak3 sihat walafiat pergi dan pulang. Mak mertua pun semangat buat ibadah.Memang niat dihati untuk suami ambil peluang ni berbakti kepada ibunya sendiri.


Walaupun tak ramai yang bawa anak masa umrah, tapi saya rasa seronok sb memori tu kekal dalam hati anak-anak. Bila tgk gambar sekarang anak-anak dah tau tempat-tempat yang dah dilawati. Syukur sgt diberi pemandangan Baitullah, anak tahu buat ibadah tawaf dan saei.


Jika ada rezeki lagi , semoga Allah izinkan kami untuk tunaikan Haji pula. Saya dan suami berharap sgt dpt bawa abah pegi Haji (abah baru lepas umrah jun2017). Musim Haji pula berbeza, jika anak kecik tak dibenarkan oleh TH untuk dibawa bersama mungkin untuk memudahkan para jemaah Haji disana nanti.


Umrah yang kami ambil adalah ikut TH Travel. Rasa OK sgt jadual pun tak rasa membebankan untuk kami yang ada anak kecik.


DiMekah saya tinggal di Conrad Makkah untuk memudahkan urusan mertua, jika hotel asal adalah di Ramada agak jauh sedikit utk yang berusia, tapi masih reasonable untuk kita yang masih muda.


DiMadinah tiada isu sb kebanyakkan hotel adalah berhampiran. Tempoh umrah ziarah kali ini adalah pada 2/3/2018-13/3/2018


Catar MAS A380 untuk ke madinah dahulu dan dari Jeddah ke KLIA.


Bila bawa anak-anak ni kita sgt perlu bersabar, gembirakan hati kita dan mereka juga. Biasanya mereka sgt suka kalau dibawa makan ice cream :) Jgn marah-marah,cakap elok-elok. Makanan seperti biskut, roti, keropok ikan mmg menjadi makanan dorang sepanjang perjalanan. Biskut yang mana dia hendak boleh la spare untuk masa-masa itu.


Selain itu juga jgn lupa untuk beli pakaian yang bersesuaian mungkin 1/11 hari tu mereka nak pakai baju kegemaran dorang.Kami anak 3 jadi masa berjalan akan ada yang perlu pegang 2 org anak. Jadi kami bawa baby carrier mcm dalam picture kat bawah. Semoga Umrah kami diterima Allah dan semoga kami menjadi orang-orang yang beriman dan semoga Allah masukkan kami ke dalam SyurgaMu...Aamiin...



Kami sayang semua

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Placenta Previa at 30 weeks

Club Med Cherating DIS 2019