Sambungan Placenta Previa - 32weeks

Assalamualaikum,

Setelah checkup semalam, hasil dari checkup itu, Uri masih dibahagian bawah. Semasa ingin menjalani checkup tu saya takut nak letak harapan yang tinggi yelah sb baru je mula berjaga-jaga dan buat sedikit senaman dan merehatkan sedikit diri ini semasa berada dirumah.

Hasilnya mmg uri saya masih type4. Saya cuma minta utk tidak warded dan doktor setuju dengan syarat saya maklum keadaan saya. Next appointment pada 34w 3d (25/10/2018). Masih set appointment di Rampai Puteri sb masa menunggu untuk consultation tidak lama serta dapat berjumpa dengan Pakar yang saya dah biasa, pakar yang boleh compromise isu-isu yang saya ketengahkan.

Perbincangan kali ini lebih menjurus kepada kesediaan saya untuk czer sekiranya perjumpaan akan datang iaitu pada condition uri 34weeks masih sama. Doktor saya menasihati agar suntikan Dexamethasone diambil untuk membantu mematangkan peparu bayi incase bayi dilahirkan sebelum waktunya. Saya mungkin akan mengambil Dexa untuk pertama kali,tapi google juga katanya suntikan ini agak sakit, sebab selang 12 jam akan disuntik suntikan ke2. Dilema juga nak ambil ke macamana. Ada sedikit kerisauan sekiranya berlaku emergency ceaser, seolah-olah Dexa itu diperlukan untuk matangkan peparu...Hhmm...

Sebelum ini saya pernah Elective LCSC pada 37w 3 days.. Semasa itu pakar saya(Dr hamid Arsat) tiada menyarankan sb melalui semakkan beliau peparu OK pada 36w seminggu sebelum operation dilaksanakan, Alhamdulillah mmg bayi Ok lepas lahir terus mandi dan stay dalam ward tunggu ummi dalam tu.

Selepas checkup semalam ada rasa down sikit, tapi bila difikirkan ibu mertua saya cakap, takpe uri bawah inshaAllah selamat,sebab ramai yang pernah lalui permasalahan ini. Ada rasa lega sikit,mungkin ujian ini pun tak berat jika dibandingkan dengan ujian-ujian sahabat saya yang pernah share pengalaman dengan saya.

Buat masa sekarang, memang doa lah senjata saya, sesungguhnya apa yang berlaku tak pernah sia-sia dan apa yang berlaku pun ada kelapangan dalam saya menguruskan ujian ini. Alhamdulillah org sekeliling family dan kawan-kawan juga ramai yang memberi nasihat dan ambil berat dengan kondisi kali ini. Kalau saya sihat sahaja macam pregnancy sebelum-sebelum ini mungkin saya tak kenal kawan-kawan saya yang sentiasa baik disekeliling saya kan?

Saya semua =)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Placenta Previa at 30 weeks

Club Med Cherating DIS 2019