Las Vegas, Nevada OKT2019

Assalamualaikum, Alhamdulillah dpt peluang ke amerika ...negeri Nevada. :)
Lebih spesifik adalah di Las Vegas. Peluang ni dapat setelah 13 tahun berkhidmat..(not bad kan)..hehehe

Seronok dapat pergi dengan kawan baik, jadi lebih bermakna la ke seminar kat overseas ni. 

Masa nak pergi sana, perkara pertama kena selesai adalah visa.

So kami dijadualkan pegi pada 5/10/2019, tapi tarikh interview saya adalah pada 2/10/2019. Masa ni xtaulah nak rasa hepi ke nak rasa sedih. mcm-mcm perasaan bercampur baur.. mmg nak pegi tapi kalau visa tak dpt awal mmg melepasla nak pegi sana.

Nak dijadikan cerita, kawan saya, akaun dia kena block oleh sistem visa tu 16/9(selama 3 hari)=72jam. Jadi pada masa ni dia blm dpt apa-apa tarikh interview lagi. Bila selesai tempoh tu dia pun cuba call pihak yang berkenaan. Pada pagi tu, dia dpt berita yang tarikh interview 24/9/2019 banyak slot kosong. Jadi tanpa membuang masa terus sy masuk sistem visa tu dan reschedule interview saya dan seorang kawan lagi. Jadi kami bertiga dapat semua pada tarikh yang sama cuma masa shj yang berlainan. Kawan yang pertama 8.45, saya 9.15 dan 9.45.

Masa beratur tu, ada la yang bgtau jeans GAP murah, levis murah...Mampu tersenyum je sbb kepala masih belum boleh nak merancang sbb bab Visa belom lepas lagi masa beratur kat luar embassy tu.

Sampai masa hari interview saya beratur mcm biasa la untuk masuk ke dalam embassy tu. Selepas tu saya ke 1 kaunter. Kaunter tu akan check gambar yang kita bawa. Gambar yg saya bawa tu gambar yg sememangnya ukuran untuk buat visa US, namun dia suruh saya buat semua dan perlu tunjukkan dahi dan kening dengan cukup luas. Nervous nya masa tu sbb ingtkan dah fail dah tak bole nk interview dah, rupanya just gambar je problem, so dia bagi slip untuk attach masa send passport nnti dengan attach gambar yang baru. So maintain calm, then beratur lagi hingga kaunter 2. Masa kaunter 2 ni rasanya mcm x banyak jugak soalan sbb ke US atas reason nk attending IBM conference. Tapi antara yang ingt dia tanya pasal family bawa sekali ke x, lps tu dia kata can you describe Las Vegas. Masa tu jawab simple je : attractive place to go (sambil senyum)... Masa tu bawak supporting document beriya-iya, rupanya dia tak nak tgk pun (hampa je bersusah payah get ready)...hehehe

Bila dah selesai interview, punya la berbunga2 hati ini. Wah..tak sangka dapat peluang g US.. tula suka sgt ckp nak g US tetibe dapat, rasa mcm mimpi.

Belanja sikit gambar kat Las Vegas, depan hotel yang saya stay. The Venetian Resort ;)


5 Oktober 2019, bertolak dari Malaysia 5 hb, sampai sana masih 5hb ;)


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Bersalin dengan Plasenta Type 4

Placenta Previa at 30 weeks

Club Med Cherating DIS 2019